TABUNG KULAAN [ Catatan semula dari perbincangan dalam 'Group Tabung Kulaan' ]
1 Feb 2023.
MUTALLIB:
Perkara: TABUNG KULAAN.
Assalamualaikum. Saya telah edarkan sebelum ini penyata akaun Tabung Kulaan yg sedia maklum telah pun ditutup. Penyata tersebut hanya diedarkan kpd sebahagian Penyumbang2 utama dan yang berpengaruh sekadar untuk perhatian dan pandangan dimana ada. Edaran dibuat bukanlah untuk mengaipkan seseorang tetapi sekadar untuk melepaslan rasa kekesalan saya yang telah bersalah atau berdosa kerana mengeluarkan wang bukan milik saya secara bersendirian, sekitar bulan April 2017 sejumlah RM5,000/-.
Saya terpaksa mengeluarkannya kerana yang berkenaan merayu dan menangis-nangis utk dapatkan bantuan kecemasan seberapa segera ketika itu khususnya untuk perbelanjaan perubatan. Beliau juga telah berjanji untuk membayar balik. Jika tiada halangan, dapat kiranya tuan/ puan memberi pandangan samada
1. Perlu menasihati beliau akan tindakan yg perlu dibuat, atau
2. Sama2 kita menghalalkannya dan beliau tak perlu membayar balik amaun yg tertanggung; atau
3. Membayar sebahagiannya yang termampu dan bakinya dihalalkan oleh kita semua, yang mewakili semua ahli2 yg memyumbang sebelum ini. Saya terpaksa mendapatkan pandangan kerana wang yg dikeluarkan bukan milik saya tetapi milik sumbangan ahli2 kulaan. Saya berdosa kerana tidak menjaga amanah sepenuhnya dan bertindak bersendirian.
Perkara pengeluaran ini ada juga saya bangkitkan kpd beberapa ahli tertentu dan tidak dihebahkan untuk menjaga nama baik beliau.
Sekian ribuan maaf sekiranya isu ini mengganggu ketenangan anda kerana memanjangkannya kpd anda. Penyata ini telah juga saya panjangkan kpd orang berkenaan dan sehingga kini tiada maklum balas. Maaf dan terima kasih. Ikhlas: Mutallib Jelani.
KHAILANI:
W'salam WBT Noted DM.
Semestinya mengaibkan peminjam bukan lah cara terbaik menangani masalah ini cuma kita sama sama lah mencari cara supaya kerukunan ukhuwah kita kekal terjaga. Saya serahkan kepada ahli2 lain memberi pandangan masing masing .. Insha-Allah ….mesti ada jalan penyelesaian terbaik.
Cuma terkilan bila keikhlasan kita di salah ertikan…
MUTALLIB:
Terima kasih Khailani. Kalau pun ada bayaran balik dibuat, maka amaun tersebut bukanlah utk simpanan saya tapi perlu disumbangkan kpd surau atau mesjid AlMakmur. Kalau tak menerima bayaran balik dari beliau dan untuk mengekalkan ukhuwah antara kita, wajar kita semua dlm grup yg jika boleh dianggap mewakili lain2 ahli kulaan utk menghalalkannya., dan mengampun diri saya kerana telah tidak menjaga amanah.
KHAILANI:
Pendapat saya ….niat ikhlas DM membantu sipeminjam masa tu dengan harapan ia dapat dilunaskan dengan kadar segera dan tanpa pengetahuan ahli ahli lain.. Tetapi kalau dah sejak 2017 sehingga sekarang… rasanya ia dah merupakan hutang lapuk yang dah tertunggak. Kalau di halalkan sekali pun …
1. Adakah 'balance sheet' tahunan ditutup tanpa ada 'amount' 5k tertunggak ???
2. Adakah bidang kuasa kita menghalalkan atau atas bidang kuasa 'majlis tertinggi' atau AJK dilantik ??
MUTALLIB:
Saya perlu memperoleh keampunan, sebelum saya pergi selamanya. Memandangkan usia dah lanjut dan ramai sahabat rapat saya dan seangkatan usia telah pergi dahulu; seperti Almarhum abang2 Mat Isa / Atai, Daud/Ali, Desa, Abg Amin, Hasmoni, Dato' Rahman Sulaiman, dan yg baru lalu Dato' Ihsan Osman. Semua mereka sepupu saya.
Terima kasih KA. Masa tubuh Tabung tak ada AJK atau Majlis tertinggi diwujud. Hanya semata2 atas amanah dan kepercayaan. Kini Ahli2 yg merupakan penyumbang utama dan yg berpengaruh (spt dlm grup ini) boleh dianggap sebagai mewakili kesemua penyumbang2 dlm Tabung berkenaan.
KHAILANI:
Banyakkan bersabar DM InshaAllah kami memahami situasi dan perasaan DM InshaAllah kita sama sama ikhtiar cara terbaik…
OTHMAN MAWI:
Wsalam.... Selagi hidup kita tak lari dari ujian yang berbeza-beza. Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. Niat DM untuk menolong tidak diragui. Ditakdirkan jadi bagitu sungguh menyedihkan. Rasanya dikalangan kita telah berpengalaman dengan beliau ini.
Saya positif dalam kes ini
Dicipta peluang untuk kita meraih pahala membantu seikhlas dan seadanya.
Dicadangkan kita sama-sama dahulukan kumpul sehingga 5k dan sewajarnya hebahkan balik dengan menyatakan;
1. Sumbangan baru 2. Bayaran balik pinjaman
3. Semakan semula akaun Atau lain-lain alasan.
Tapi pohon DM beritahu kepada abang pie supaya bayar balik duit yang kita dahulukan tersebut. Tak dapat niat sedekah je lah...
Harap kita segerakan urusan ini. Saya RM1k.
Hailani dan hj ali ada call sya tadi
DATO' MANAP HASHIM:
Saya setuju dgn cadangan Tn Hj Othman Mawi …Melainkan ada cadangan lain yg lebih baik ..
OTHMAN MAWI:
Hailani.....hang jagan dok beranai. Pagi tadi hang kacau aku. HANG KUMPULKAN DUIT. BAGI NO AKAUN.
Nak bagi kat pihak mana, sya telah bincangkan dgn tok ketua.
ZAHARUDDIN:
Asslmkum. Nak tumpang bg pandangan.
1. Kita mungkin tak bermasaalah nak kumpul 5k tu, insyallah.
2.Tapi utk mintak org tu bayarbalik, itu mungkin bermasalah (terutama kpd DM - sbb dia dah cuba mintak, atau kpd org lain yang nnti kita amanahkan).
3. Org tu mungkin tak ambil peduli langsung ( ingat sejak 2017 lagi kes ni ) Jd sampai bila kita nak tunggu bayaran balik ni.
4. Cara ini juga mungkin dia ingat macam nak mengaaibkan dia ( pasal dah ramai kita dah tahu! ) Tak elok tu. Kita patut jauhi.
5. Saya ingat, kita kumpullah macam Man cadangkan tu. Mungkin dapat mungkin tak dpt 5k. Niatkan duit tu nak tulong kawan susah, sedekah kat dia. DM bagi tau dia ada hamba allah tlg bantu ( pasal nak tutup kes dlm akaun ni). Duit tu kita sedekah kat surau buat majlis buka puasa akan datang. Mudah2an ada ganjaran pahala yang menyumbang, insyaAllah.
6. Jika kutipan tak cukup 5k DM maklumkan pada org tu yang baki adalah sumbangan tubung kpd beliau yang menghadapi kesulitan masa tu.
7. Maaf, terpanjang tulis. Hanya sekadar pandangan saya. Tk.
KHAILANI:
Seelok nya kita salurkan ke DM
Supaya memudahkan kerja2 'balancing'…
MUTALLIB:
Asalamualaikum dan waalaikumussalam. Maaf baru ada masa terluang buka watsap. Saya berterima kasih atas keperihatinan anda semua. Tapi saya terkejut pula ada cadangan utk pengumpulan dana / wang. Hebahan saya bukannya utk bantuan kewangan. Hanya pemberitahuan.
Selama ini tak ada penguditan dan sebagainya. Tak perlu kumpul wang. Saya jangkakan lupus shj pinjaman yg diberi. Tak perlu untuk menggantikannya. Dgn lain perkataan tak perlu kumpul wang.
************
4 Apr 2024
( Intraksi antara Mutallib n Rafie ) :
P/S. (Fwd: Sekadar utk makluman, interaksi antara kami berdua.) (Hebat kwn kita ni. Bukan calang2 orgnya.)
MUTALLIB:
Assalam abg Pie. Maaf terpaksa hantar mesej ini. Tempoh hari abg Pie ada ambil advance / pinjaman dari tabung kulaan berjumlah RM5,000/- bulan april n mei 2017. Almaklum wang itu adalah kutipan dari warga2 / ahli2 kpg Seri Makmor. Jumlah tersebut adalah hak kumpulan serimakmor dan bukanlah hak saya. Saya telah bertanggungjawab atas diri sendiri mengeluarkannya semata2 membantu keperluan terdesak abg Pie tempuh hari. Pertanyaan: Bilakah abg Pie dapat menyelesaikan bayaran balik pinjaman / hutang ini.
RAFIE:
Salam, tunggu. Insya Allah selepas raya abg settle. Memang abg selalu ingat hutang itu. Abg pun ingat ada hutang Alep dulu personally. Saya akn settle juga. Give me time. Takupa. Business abg tergendala akibat kerajaan tak stabil dan PKP berpanjangan. Semua urusan jabatan dan kementerian tertangguh.
Insya Allah lps raya ok. Terima kasih atas ingatan.
MUTALLIB:
Wasalam. Alhamdulillah ada ingatan utk menyelesaikannya. Bila dapat bayaran tu akan dipulangkan balik kpd ahli2 tabung kulaan, dgn mengadakan majlis buka puasa disurau serimakmor. Kalau dapat sebahagian pun boleh membantu infaq / sedekah buka puasa dibulan ramadhan ni.
RAFIE:
Syrkt abg MRH DIGITAL dpt kelulusan bina/ pasang system internet G5 utk hospital2 dan dpt kerjasama dg DNB bg melaksanakan projek ini di beberapa kwsn/premis. Projek ini bermula tahun 2016 ketika itu dpt kelulusan utk pencawang di sekolah2 dibwh KPM Tapi dikacau oleh BESTARINET (kroni) TSMuhidin Yassin lulus BESTARINET mada dia jd Menteri kpm. BESTARINET owner YTL.
kroni TM. TM arah Dr. Mazlee ltk jwtn.
MUTALLIB:
In syaa Allah. Semoga Allah permudahkan urusan dan beroleh kejayaan sebagaimana dirancang.
RAFIE:
Rugi kami. Ingat tak Dt. Mazlee Malik disuruh resign semasa dia jd Menteri KPM sbb usik BESTARINET.
Panjang cerita. Alep tolong doakan. Minggu ini ada mtg dgn DS Ahmad Maslan bersama DNB. DOAKAN.
BESTARINET owner YTL. Kroni TM. TM arah Dr. Mazlee ltk jwtn.
MUTALLIB:
In syaa Allah. Semoga Allah permudahkan urusan dan beroleh kejayaan sebagaimana dirancang.
RAFI:
Dlm foto ramai tu, org China adalah partner dari negara China.
***********
27 Apr 2024
MUTALLIB:
Assalamualaikum. Maaf saya aktifkan balik grup muafakat ini, yg lama tidak berbicara.
Tujuan mengaktifkan grup ini adalah utk memaklumkan status terkini mengenai isu yg pernah dibincangkan beberapa tahun yg lepas.
Saya fwd beberapa mesej saya kpd Md Ali ??sekadar utk makluman ahli2.0
Assalamualaikum Md Ali. Bulan2 yg lepas atau bulan puasa saya ada bank in ke tabung surau utk kegunaan surau RM1,500/-, RM1,500/- dan RM2,000/-. Jumlah RM5,000/- Sekadar utk makluman shj. ??
MD. ALI ;
Wlkmsalam, utk makluman dato, bendahari surau la ni Haji Borhanudin ( cgu Buan ) adik arwah Ajan. Sy dh maklum kt bendahari td.
MUTALLIB:
Sekadar makluman utk Md Ali. Amaun 5k yg dibank in ke akaun surau sri makmor tu adalah merupakan amaun baki dari tabung kulaan yg telah pun ditutup terdahulunya. Amaun 5k tersebut adalah merupakan wang dipinjam / hutang oleh seorang individu yg terdesak ketika tabung masih ujud. Sehingga kini amaun trsbut tidak dilunaskan walau beberapa kali dingatkan utk bayaran balik. Oleh kerana saya bertanggungjawab diamanahkan utk menguruskan tabung tersebut maka itulah sebabnya saya pulangkan balik amaun tersebut kpd surau yg merupakan nadi kpd warga seri makmur dan agen mewakili semua ahli2 dlm tabung kulaan berkenaan. Wang tabung adalah dari sumbangan ahli2 dari grup kulaan seri makmor.
AMJ. ( Part extract dari catatan Group Tabung Kulaan )
8 Jun 2024.
************